Home Nasional Angin kencang, ombak berterusan hingga esok

Angin kencang, ombak berterusan hingga esok

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di beberapa negeri.

Mengikut kenyataan dikeluarkan hari ini, ia dijangka berlaku sehingga esok, di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah di Pantai Barat, Pedalaman, Kudat serta Sandakan.

Keadaan itu sangat berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berterusan hari ini di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak. – MalaysiaGazette

+ posts