KUALA LUMPUR – Data tempahan Agoda bagi bulan Disember tahun lepas sehingga Disember 2016 mendapati Sapporo, Jepun menjadi destinasi paling popular bagi pengunjung dari Malaysia dan Singapura manakala Taipei, Taiwan pun adalah destinasi rakyat Filipina.
Menurut Agoda, tempahan pada bulan Disember di Sapporo mendapati pertumbuhan pantas sebanyak 145 peratus daripada rakyat Malaysia.
Sapporo terkenal dengan makanan laut yang berkualiti tinggi dan menjadi syurga makanan kepada 73 peratus rakyat Malaysia yang memilih makanan sebagai pengalaman melancong yang disukai dalam Kaji Selidik Pelancongan dan Teknologi Agoda.
Digandingkan dengan musim ski yang mengagumkan, mudah untuk menjangka mengapa percutian musim salji menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong Malaysia dan Singapura.
Menurut Pengarah Global bagi Penjenamaan dan Komunikasi Agoda, Andrew Edwards berkata, pelancong dari Singapura, Malaysia dan Filipina mahukan kepelbagaian semasa berada di luar negara jadi terdapat pelbagai kumpulan destinasi yang berkembang sebagai pilihan utama percutian hujung tahun.
“Taiwan dan Jepun adalah dua tempat paling unik di dunia, diwarnai dengan bandar-bandar besar ultra-moden dan meriah mereka juga ditunjangi oleh tempat-tempat bersejarah serta landskap yang menarik,” katanya.
Pertumbuhan pelancong bagi kedua-dua negara tersebut telah menjadi fokus utama kepada Agoda kepada pelancong-pelancong Asia Tenggara.- MalaysiaGazette