MANILA – Gara-gara menggunakan lorong jalan raya untuk tetamu negara, lesen kenderaan seorang pelakon Filipina telah ditarik balik.
Pelakon Maria Isabel Lopez telah didenda dan digantung daripada mengambil semula lesen memandu untuk tempoh dua tahun.
Lopez mendakwa dia terpaksa menggunakan lorong yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai yang menghadiri satu sidang kemuncak kerana hendak terkencing.
Pemenang pertandingan ratu cantik itu telah membintangi beberapa filem popular.
Dalam Facebooknya, Lopez berkata, dia hendak terkencing selepas berada berjam-jam di atas jalan raya.
Tetapi jabatan pengangkutan negara itu menuduh Lopez mengalihkan kon berwarna oren yang dikhaskan untuk para pegawai yang menghadiri Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (ASEAN) pada awal bulan ini secara bahaya.
Malah, melalui video suara Lopez menjerit “Yeeeeeo! ASEAN, di sini saya datang!” boleh didengari semasa kenderaannya memasuki lorong khas itu.
Pegawai pengangkutan menuduh Lopez membahayakan nyawa sendiri dan pegawai-pegawai kenamaan dan penumpang lain.
Sehubungan itu, Lopez telah didenda 8,000 peso (120 pound; AS$160) kerana tidak menghiraukan tanda-tanda lalu lintas, memandu melulu dan melanggar Akta Memandu. – MalaysiaGazette