TOKYO – Kerajaan Jepun dijangka mengumpulkan bajet tambahan sekitar 2.7-2.9 trilion yen (AS$24-AS$26 bilion) bagi tahun kewangan sehingga Mac 2018 dengan tambahan terbitan bon sekitar 1 trilion yen untuk membantu membiayai perbelanjaan.
Sumber kerajaan memberitahu Reuters, sebagai tambahan kepada terbitan bon pembinaan yang bernilai 1 trilion yen, kerajaan akan menghabiskan simpanan tunai daripada bajet fiskal tahun sebelumnya dan baki wang yang tidak digunakan daripada pinjaman disebabkan oleh kos pinjaman yang lebih rendah daripada jangkaan.
Selepas menang besar semasa pilihanraya Oktober lalu, kabinet Perdana Menteri, Shinzo Abe telah membuat perancangan untuk meningkatkan sokongan kepada penjagaan kanak-kanak, merangsang produktiviti perusahaan kecil dan sederhana dan meningkatkan daya saing di dalam industri peladangan, perikanan dan perhutanan.- MalaysiaGazette