Home Dunia Putera Harry, Meghan kahwin tahun depan

Putera Harry, Meghan kahwin tahun depan

Harry-meghan-640x360
Putera Harry dan Meghan Markle

LONDON – Putera Harry yang sudah bertunang dengan pelakon Amerika Syarikat, Meghan Markle dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada musim bunga tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh bapanya, Putera Charles dalam satu kenyataan.

“Putera Harry telah memaklumkan kepada Yang Mulia Ratu dan ahli keluarga yang lain. Putera Harry juga telah mendapat restu ibu bapa Markle,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

7511e88bf3f7c7d48aca26c7993cc06c?s=150&d=mp&r=g
+ posts