Home Ekonomi TNB ILSAS terima akreditasi City & Guilds

TNB ILSAS terima akreditasi City & Guilds

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – City & Guilds telah memberikan akreditasi terhadap sembilan program latihan teknikal anjuran TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), menjadikan ILSAS sebagai pusat latihan terbesar pertama negara yang memperolehi akreditasi dari badan pentauliahan pendidikan kemahiran antarabangsa itu.

Pengiktirafan sebagai City and Guilds Approved Centre tersebut membolehkan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menganugerahkan sijil City & Guilds kepada peserta yang lulus ujian penilaian akhir untuk program-program teknikal  merangkumi bidang penjanaan, penghantaran dan pembahagian.

“Akreditasi ini adalah pengiktirafan antarabangsa yang penting bagi membolehkan latihan dan kursus ILSAS menjadi lebih dikenali, seterusnya menembusi pasaran global dan bersaing di peringkat dunia,” kata Pengarah Urusan TNB ILSAS, Datuk Ir. Abdul Aziz Jaafar.

Akreditasi City & Guilds menilai program-program anjuran ILSAS berdasarkan penanda aras ditetapkan bagi memastikan program berkenaan memenuhi standard atau piawai akreditasi City & Guilds.

Akreditasi City & Guilds hanya dianugerahkan kepada program-program berkualiti tinggi, sekali gus membuktikan komitmen ILSAS terhadap kecemerlangan dan kesediaan untuk bersaing di peringkat global.

City & Guilds ditubuhkan sejak tahun 1878 di United Kingdom dan merupakan peneraju global dalam pendidikan kemahiran.

Badan itu membangunkan program & teknologi pembelajaran, pensijilan dan penilaian untuk kolej, penyedia latihan dan kerajaan yang meliputi 26 industri, melalui 10,000 pusat latihan di seluruh dunia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1976, ILSAS telah memberikan latihan kepada lebih 500,000 orang peserta termasuk dari luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Kemboja, Filipina, Brunei, Vietnam, Timor Leste, Pakistan, Mauritius, Nepal, Uganda, Sri Lanka dan Sudan.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts