Home Ekonomi Gamuda, MRCB bergabung bida PDP projek HSR

Gamuda, MRCB bergabung bida PDP projek HSR

Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB) dan Gamuda Bhd. bekerjasama untuk membuat tawaran bagi peranan rakan kongsi projek (PDP) untuk projek pembinaan keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian hari ini untuk menubuhkan sebuah konsortium yang tidak diperbadankan pada asas 50:50 untuk menyertai tender projek tersebut, kata MRCB dan Gamuda dalam satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia.

Setelah memperoleh tender, kedua-dua syarikat itu akan memasuki perjanjian muktamad untuk menetapkan hak dan kewajipan setiap pihak berkaitan projek itu.

Tender PDP dipanggil oleh MyHSR Corp pada 22 November lalu.

Gamuda adalah PDP bagi projek MRT dan MRCB pula PDP bagi LRT3 bersama George Kent (M) Bhd. pada dua tahun lalu. – MalaysiaGazette