MELBOURNE – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki merancang untuk melakukan serangan pada malam Tahun Baru di pusat bandar Melbourne berjaya ditahan.
Polis Victoria berkata, lelaki itu dipercayai akan bertindak sendirian dan setakat ini senjata api itu belum sempat dibelinya.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Victoria Shane Patton berkata, lelaki warganegara Australia tetapi ibu bapanya dari Somalia itu telah dipantau oleh pihak berkuasa sejak awal tahun ini.
“Dia mengakses dokumen-dokumen yang dihasilkan oleh Al-Qaeda di Semenanjung Arab Al-Qaeda yang merupakan buku panduan cara melakukan tindakan pengganas dan juga bagaimana menggunakan senjata api – pistol dan senapang,” kata Patton pada sidang akhbar di Melbourne.
Pihak berkuasa mendakwa lelaki itu adalah seorang simpatik ISIS.”
Lelaki itu merancang untuk menembak sebanyak mungkin orang di Melbourne Square Federation, yang biasanya sesak dengan orang ramai pada malam Tahun Baru, kata Patton.
Australia merupakan sekutu Amerika Syarikat yang menghantar tentera ke Afghanistan dan Iraq, telah meningkatkan amaran sejak 2014 berikutan serangan oleh militan tempatan yang pulang dari pertempuran di Timur Tengah dan penyokong-penyokongnya.
Lelaki itu akan didakwa pada Mahkamah Magistret Melbourne pada hari ini atau esok. – MalaysiaGazette