KUALA LUMPUR – Usul tergempar yang dibawa oleh Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran untuk membahaskan pembebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan tersebut yang dibuat semasa dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Seri Ronald Kiandee pada persidangan hari ini menyebabkan Surendran tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan tersebut.
Walau bagaimanapun, Ronald enggan melayan cadangan usul tergempar Surendran kerana katanya keputusan speaker adalah muktamad.
“Keputusan ini ada unsur berat sebelah, jika kita tidak boleh membahaskan perkara ini di Dewan, di mana lagi boleh kita lakukan?
“Setiap kali kita bawa usul untuk mengkritik kerajaan, ia ditolak. Ia menunjukkan unsur berat sebelah,” bidas Surendran.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat dan dijangka dibebaskan tahun depan. – MalaysiaGazette