Home Dunia Korea Utara lancar peluru berpandu lebih tinggi

Korea Utara lancar peluru berpandu lebih tinggi

PENTAGON – Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik antara benua pada paras tertinggi dan menimbulkan ancaman di seluruh dunia, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis.

Pentagon mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara itu telah merentasi sejauh kira-kira 1,000 kilometer (620 batu) sebelum jatuh ke Laut Jepun.

Pelancaran, pada awal hari hari ini merupakan siri terbaru yang telah meningkatkan lagi ketegangan antarabangsa.

Pelancaran peluru berpandu balistik terakhir Korea Utara pada September lalu dan ia dibuat selepas beberapa ujian nuklear keenam.

“Ia semakin tinggi, berbanding mana-mana bedilan sebelum ini,” katanya, sambil menambah Korea Utara sedang membina peluru berpandu balistik yang mengancam dunia.

Pejabat berita Korea Selatan, Yonhap berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari Pyongsong, di wilayah selatan Pyongan.

Pegawai kerajaan Jepun berkata, pelancaran peluru berpandu mengambil masa kira-kira 50 minit tetapi tidak terbang ke Jepun, seperti yang dilakukan sebelum ini.

Presiden Donald Trump dalam reaksinya berkata: “White House akan mengatasinya”.

Pakar-pakar mendakwa pelancaran peluru berpandu terbaru itu adalah pertama kali dalam tempoh dua bulan, bukan disebabkan retorik Trump atau tekanan dari China.

Sebaliknya, ujian senjata yang dilakukan oleh Korea Utara semakin perlahan berbanding sebelum ini. – MalaysiaGazette