Home Nasional Penjaga, anak pesalah jenayah seksual tetap diberi bantuan kewangan

Penjaga, anak pesalah jenayah seksual tetap diberi bantuan kewangan

Azizah Mohd Dun

KUALA LUMPUR – Bantuan kewangan diberikan kerajaan kepada penjaga dan anak kepada pesalah jenayah seksual yang kehilangan punca pendapatan semasa bapa mereka menjalani hukuman.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kerajaan mengambil berat mengenai kebajikan kanak-kanak yang menjadi mangsa dan tidak diabaikan dengan memberikan bantuan kewangan kepada orang yang layak untuk memelihara kanak-kanak itu.

“Bagi mengukuhkan kebajikan kanak-kanak dan keluarga, bantuan anak pelihara sebanyak RM250 sebulan diberikan kepada orang yang layak dan sesuai yang menjaga kanak-kanak yang menjadi mangsa tersebut.

“Skim bantuan kewangan lain juga disediakan oleh kementerian dan boleh dipertimbangan kepada kanak-kanak mangsa jenayah seksual sekiranya memenuhi kriteria serta syarat bantuan kewangan yang ditetapkan,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Azizah juga memberitahu, sekiranya ibu atau penjaga anak penjenayah seksual tersebut memiliki anak yang ramai, setiap anak tersebut juga layak untuk diberikan bantuan RM100 setiap seorang dan maksimum RM450 seorang.

“Jika seorang anak yang duduk terus dengan ibunya, keluarga itu tidak ada pendapatan dan mempunyai anak-anak yang ramai, kita akan berikan bantuan RM100 setiap anak dan maksimumnya RM450, itu daripada pihak kementerian,” katanya lagi. – MalaysiaGazette