Home Dunia Putera Miteb bayar AS$1b untuk bebas

Putera Miteb bayar AS$1b untuk bebas

Putera Miteb bin Abdullah

DUBAI – Putera Miteb bin Abdullah, yang pernah menjadi pencabar utama untuk takhta diraja Arab Saudi telah dibebaskan selepas membayar ‘perjanjian penyelesaian’ sejumlah
AS$1 bilion kepada pihak berkuasa negara itu.

Putera Miteb yang merupakan bekas Ketua Pengawal Elit Kebangsaan elit, adalah antara berpuluh-puluh ahli keluarga diraja, bekas menteri dan pegawai kanan yang ditangkap dalam siasatan rasuah.

Beliau telah dibebaskan pada hari Selasa selepas menerima perjanjian penyelesaian itu.

“Jumlah penyelesaian itu tidak didedahkan tetapi dipercayai lebih daripada AS$1 bilion,” menurut sumber.

Pejabat Putera Miteb gagal dihubungi bagi mengulas lanjut.

Ahli keluarga diraja dan kenalan Putera Miteb sebelum ini telah menghantar mesej di media sosial, menunjukkan putera itu berada di rumahnya di Riyadh, tetapi tidak mengatakan bagaimana pembebasan itu berlaku.

Pada 4 November lalu, Arab Saudi mengumumkan penangkapan ekurang-kurangnya 11 ahli keluarga diraja serta empat menteri dan berpuluh-puluh bekas pegawai dan ahli perniagaan yang terlibat dengan rasuah.

Putera jutawan Alwaleed bin Talal, pelabur antarabangsa, juga antara mereka yang ditahan.

Pihak berkuasa Saudi telah berusaha untuk melakukan perjanjian dengan beberapa orang tahanan, meminta mereka untuk menyerahkan aset dan wang tunai sebagai balasan pembebasan mereka. – MalaysiaGazette