Home Ekonomi Saham Sime Darby diniagakan esok

Saham Sime Darby diniagakan esok

KUALA LUMPUR – Saham Sime Darby yang digantung sejak Isnin lalu akan diniagakan semula esok.

“Oleh itu, dagangan dalam semua waran berstruktur berkaitan Sime Darby juga akan didagangkan semula pada masa yang sama,” kata Sime Darby kepada Bursa Malaysia.

Sime Darby mengumumkan penggantungan sahamnya pada 21 November lalu, tiga hari sebelum ia mengumumkan harga rujukan penyenaraian untuk sektor perladangan dan hartanahnya iaitu RM5.59 untuk Sime Darby Plantation dan RM1.50 untuk Sime Darby RM1.50. – MalaysiaGazette