Home Dunia Bekas Setiausaha Agung ASEAN meninggal dunia

Bekas Setiausaha Agung ASEAN meninggal dunia

Surin Pitsuwan

BANGKOK – Bekas Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan meninggal dunia kerana serangan jantung di Thailand.

Beliau berusia 68 tahun.

Surin adalah bekas ahli parlimen dari Parti Demokrat, pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Thailand pada akhir 1990-an.

Surin mengetuai 10 negara ASEAN tahun 2008 hingga 2012.

Malah, nama beliau pernah disebut sebagai calon Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Surin kekal aktif dalam kalangan diplomatik serantau sehingga kematiannya. – MalaysiaGazette