Home Ekonomi Harga minyak stabil selepas OPEC lanjut had pengeluaran

Harga minyak stabil selepas OPEC lanjut had pengeluaran

TOKYO – Minyak Amerika Syarikat stabil dalam dagangan hari ini selepas OPEC dan pengeluar utama lain bersetuju untuk meneruskan kawalan pengeluaran minyak global.

Pertubuhan Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC bersetuju untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak sehingga akhir tahun depan.

Perjanjian itu bagaimanapun boleh diakhiri lebih awal jika pasaran mengalami lebihan terlalu tinggi.

Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat susut kepada AS$57.38 pada 0057 GMT.

Pada hari Khamis ia naik sebanyak 0.2 peratus kepada AS$57.40 setong. Kontrak itu meraih keuntungan kira-kira 5.6 peratus pada bulan November, keuntungan tiga bulan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent belum lagi didagangkan. Dalam sesi sebelumnya, Brent naik AS$0.46 atau 0.7 peratus kepada AS$63.57 setong.

Brent naik untuk bulan ketiga berturut-turut pada bulan November, memperoleh keuntungan kira-kira 3.6 peratus.

Perjanjian OPEC itu akan mengurangkan sejumlah 1.8 juta tong dari pasaran dalam usaha untuk mengatasi lebihan bekalan dan meningkatkan harga.

Menteri Minyak Saudi, Khalid al-Falih berkata, ia masih awal untuk bercakap mengenai penamatan perjanjian itu sekurang-kurangnya untuk dua suku lagi memandangkan dunia memasuki musim musim sejuk.

Perjanjian itu, katanya, akan dikaji semula pada bulan Jun tahun depan. – MalaysiaGazette