NEW DELHI – Polis India menahan seorang lelaki yang memakai stokin busuk hingga menyebabkan pertengkaran dalam sebuah bas.
Kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki menanggalkan stokin di atas bas yang dalam perjalanan dari Himachal Padesh ke New Delhi.
Selepas membuka stokin, lelaki itu telah meletakkannya di tengah-tengah lorong bas.
Tindakannya dibantah oleh penumpang lain dan mendesak supaya stokin itu dibuang.
Lelaki itu bagaimana pun enggan membuangnya, menyebabkan berlaku pertengkaran yang akhirnya mendorong pemandu bas berhenti ke balai polis di daerah Una, dekat Himachal Pradesh.
“Lelaki itu ditahan atas dakwaan menyebabkan gangguan awam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin,” menurut seorang pegawai polis.
Lelaki itu turut memfailkan aduan terhadap para penumpang dan tetap mempertahankan stokinnya tidak berbau busuk. – MalaysiaGazette