Home Seni Hidup Filem ‘Huminodun’ lengkapkan aspirasi industri kreatif Sabah

Filem ‘Huminodun’ lengkapkan aspirasi industri kreatif Sabah

KOTA KINABALU – Tayangan filem berbahasa Kadazan, ‘Huminodun’ hari ini melengkapkan aspirasi kerajaan Sabah untuk membangunkan industri kreatif di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memuji para pembikin filem atas usaha mereka yang dapat menggalakkan lagi bakat kreatif di negeri ini untuk berkembang.

“Kerajaan negeri telah mengenal pasti industri kreatif sebagai bidang pembangunan yang penting dan selepas menyaksiklan banyak usaha yang dijalankan oleh rakyat Sabah dalam menghasilkan filem ini, ia melengkapkan aspirasi kitra.

“Kesan industri kreatif pada pembangunan adalah sesuatu yang penggubal dasar di seluruh dunia memberipenekanan dengan negara seperti Korea Selatan dan New Zealand, menjadikannya sebagai landasan pertumbuhan ekonomi,” kata beliau pada tayangan dilem Huminodun di sebuah pawagam di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.- BERNAMA