Home Sukan F1: Hamilton sambung kontrak bersama Mercedes

F1: Hamilton sambung kontrak bersama Mercedes

Lewis Hamilton menandatangani kontrak bahru bergaji mahal dengan Mercedes untuk menamatkan kariernya bersama pasukan F1 terunggul itu.Foto: Getty Images

LONDON – Lewis Hamilton mahu menamatkan kariernya perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan Mercedes.

Justeru, juara dunia empat kali itu hari ini menandatangani kontrak baharu, berkuatkuasa serta merta.

Pelumba kelahiran Britain itu akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengurus pasukan itu Dieter Zetche di Abu Dhabi.

Minggu lalu laporan di Britain menyebut pelumba berusia 32 tahun itu sedia menandatangani kontrak baharu bertempoh tiga tahun bernilai £120 juta (RM657 juta).

Pasukan F1 Mercedes menganggap keputusan Hamilton sebagai pilihan terbaik pelumba itu menamatkan karier bersama pasukan itu.

Kontrak tawaran baharu itu sekali gus meletakkan Hamilton sebagai atlet berpendapatan paling tinggi di Britain.

Ketua permotoran sukan Mercedes, Toto Wolff berkata, pihaknya sentiasa mahu berbincang tentang kontrak dan masa depan Hamilton selepas musim perlumbaan semasa tamat.

“Jadi kita akan memulakan rundingan itu sekarang.

“Apa yang menarik ialah kami pasukan pilihan Hamilton dan pelumba itu jadi pilihan terbaik Mercedes.

“Kami telah menunjukkan prestasi terbaik musim ini dan dijangka diteruskan untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.- MalaysiaGazette