KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Tan Sri Sharizat Abdul Jalil diberikan jawatan penting selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Harapan itu berikutan usaha dan peranan yang dimainkan oleh Sharizat dalam memperkasakan peranan wanita terutama dalam politik tanah air.
“Saya berharap Shahrizat (Ketua Pergerakan Wanita UMNO) akan diberikan kedudukan paling penting selepas pilihan raya,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik di PWTC hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut berikrar akan memastikan pihak kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak akan menyalurkan lebih dana pada belanjawan yang akan datang bagi memperkasakan lagi wanita dalam politik.
Perkara itu menurutnya akan disampaikan sendiri kepada Perdana Menteri.
“Saya berharap dalam belanjawan tahun depan, akan ada lebih banyak belanjawan yang diumumkan dalam memperkasakan wanita dalam politik.
“Saya berjanji bahawa saya akan berbisik kepadanya (Najib) untuk membuat angka dua kali ganda.
“Saya harap jawatankuasa itu akan bekerja selama-lamanya dengan kerajaan, dan marilah kita menumpukan usaha kita dan menterjemahkannya kepada realiti,” katanya.-MalaysiaGazette