Home Nasional Kafe Rakyat RM6 tarikan baharu PAU2017

Kafe Rakyat RM6 tarikan baharu PAU2017

Kafe Rakyat RM6 menjadi tumpuan perwakilan dan pengunjung yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 kali ini menampilkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila buat pertama kalinya memperkenalkan Kafe Rakyat RM6 yang menyajikan hidangan mampu milik dan berpatutan.

Tinjauan MalaysiaGazette pada hari ini mendapati orang ramai hanya perlu membayar seminimum RM6 untuk menikmati set hidangan yang mengenyangkan sepadan dengan temanya iaitu sedap dan berbaloi.

Antara menu yang dihidangkan sepanjang PAU 2017 antara 5 hingga 9 Disember 2017 ialah laksa, mee kari, aneka bubur, nasi lemak, roti, pelbagai jenis air kordial dan bermacam lagi juadah tempatan.

Penyediaan makanan harga patut ini membuktikan UMNO sentiasa prihatin kepada bebanan kos sara hidup khususnya di bandar.

Diharapkan konsep kedai sebegini dapat diluaskan dan diwujudkan di lain-lain kawasan dan bukan terhad kepada program UMNO semata-mata. – MalaysiaGazette.