Home Ekonomi Pengeluaran minyak OPEC susut pada bulan lalu

Pengeluaran minyak OPEC susut pada bulan lalu

LONDON – Pengeluaran minyak OPEC jatuh sebanyak 30,000 pada bulan November, paras terendah sejak Mei, dipacu oleh kejatuhan eksport Angola dan Iraq.

Pematuhan perjanjian OPEC telah meningkat kepada 112 peratus daripada 92 peratus pada bulan Oktober, menurut kajian Reuters.

Pengeksport utama Arab Saudi telah mengeluarkan minyak di bawah sasaran OPEC, sama seperti ahli-ahli lain keciali Ecuador, Gabon dan Emiriah Arab Bersatu.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.2 juta tong sehari sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Rusia dan pengeluar bukan anggota lain, yang turut komited untuk pemotongan pengeluaran.

Minyak mentah didagangkan dua tahun tinggi disokong oleh kejatuhan invetori, pengukuhan permintaan dan pematuhan perjanjian.

OPEC telah bersetuju untuk meneruskan pengurangan bekalan minyak mentah sehingga akhir tahun depan.

Penurunan terbesar dalam pengeluaran pada bulan November sebanyak 100,000 tong disumbang oleh Angola, yang mana eksportnya menyusut pada paras 13 bulan rendah.

Eksport Angola rendah sejak beberapa bulan disebabkan penyelenggaran di medan minyak.

Pengeluaran dan eksport di utara Iraq susut pada pertengahan Oktober selepas tentera Iraq mengambil semula kawalan di medan minyak daripada pemberontak Kurdish yang menguasai wilayah itu sejak tahun 2014.

Rangsangan eksport dari selatan Iraq, lokasi untuk sebahagian besar minyak mentah negara, kepada 3.50 juta tong pada bulan November tidak mengimbangi penurunan dari utara, menurut kajian Reuters.

Kemerosotan itu bermakna Iraq, yang melakanakan pematuhan tinggi berbanding rakan-rakan OPEC seperti Arab Saudi pada awal tahun ini.

Pengeluaran di Venezuela, yangmana industri minyak kekurangan dana akibat kemelesetan ekonomi negara, terus menurun di bawah sasaran OPEC.

Kedua-dua eksport dan operasi penapisan lebih rendah pada bulan November.

Keluaran Algeria merosot untuk bulan kedua kerana penyelenggaraan medan minyak yang dirancang.

Nigeria dan Libya, kedua-dua pengeluar itu dikecualikan daripada kawalan pengeluaran telah membantu pengeluaran OPEC mencapai paras tertinggi pada 2017 pada Julai.

Pengeluaran Nigeria susut sebanyak 40,000 tong sehari dan Libya menurun sebanyak 30,000 tong sehari disebabkan mogok di medan Wintershall.

Manakala Arab Saudi mengurangkan pengeluaran sebanyak 30,000 tong sehari, di bawah sasaran OPEC. – MalaysiaGazette