Home Seni Hidup Saya sedia untuk ‘jahanamkan’ Azmin – Azwan Ali

Saya sedia untuk ‘jahanamkan’ Azmin – Azwan Ali

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali yang tidak sebulu dengan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin berikrar untuk menjahanamkan Menteri Besar Selangor itu dalam pilihan raya umum ke-14 depan.

Azwan yang merupakan adik kandung Mohamed Azmin itu sanggup turun padang bersama-sama dalam kempen bersama UMNO dan menyifatkan abangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

“Election (pilihanraya) tidak lama lagi, bukan nak habuan atau nak bodek, tapi janji saya saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor.

“Bukan hanya di Gombak atau Bukit Antarabangsa, saya sanggup turun padang, jual ikan atau apa sahaja, saya ada banyak program yang saya terfikir,” kata Azwan dalam sebuah video yang tular di laman media sosial.

Terdahulu, Azwan berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan strategi dalam melawan Azmin di Selangor.

Selain itu, Azwan juga menyatakan kesediaan untuk menjelajah ke seluruh negaara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa sebarang bayaran dikenakan jika mahu mendedahkan keburukan abangnya itu.

“Kalau nak bawa saya ke Sabah dan Sarawak, tempat peluang BN agak slim, soal bayaran saya tidak minta,” ujarnya.

Sebelum ini Azwan juga menempelak abangnya itu susulan penahanan anak saudara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama sejumlah wang lebih RM4 juta baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Comments are closed.