Home Dunia ‘Semuanya hilang’ selepas kunjungan nelayan Korea Utara

‘Semuanya hilang’ selepas kunjungan nelayan Korea Utara

TOKYO – Semuanya metalik – termasuk tombol pintu – hilang dari pulau terpencil Jepun selepas sekumpulan nelayan Korea Utara mendarat sejenak untuk berteduh, kata seorang penduduk tempatan.

“Semuanya hilang. Semuanya, termasuk ensel pintu dan tombol pintu, semua yang diperbuat daripada logam telah hilang,” kata penjaga kemudahan berteduh untuk nelayan tempatan yang berusia 67 tahun, Shusaku Yoshida, lapor AFP.

Beberapa orang nelayan Korea Utara mengaku ‘mengambil’ beberapa barang dari pulau kecil itu, menurut Jiji Press.

Pihak berkuasa Jepun terus menyoal sembilan daripada 10 warga Korea Utara yang dikesan dalam sebuah bot kayu kecil yang terumbang ambing mengharungi cuaca buruk di perairan Pulau Hokkaido, utara Jepun pada minggu lalu.

Ada antara mereka yang dihantar ke hospital kerana sakit perut.

Nelayan terbabit – yang memperkenalkan diri mereka sebagai warga Korea Utara – mendarat sejenak untuk berteduh di pulau yang tidak berpenghuni itu.

Bagaimanapun, selepas kumpulan itu menunggalkan pulau tersebut, para pegawai perasan terdapat barangan di dalam bangunan di pulau tersebut hilang.

Penjaganya berkata, mangga pondok telah dipecahkan dan beliau memberi senarai yang panjang kehilangan barangan yang berada dalam bangunan itu.

“Dua set televisyen, tiga buah peti ais, sebuah mesin basuh, sebuah oven/ketuhar gelombang, dua set stereo, satu pemain DVD/CD, satu gergaji elektrik, sebuah dapur, arang, sebuah motosikal dan sebuah janakuasa,” katanya kepada rangkatan televisyen swasta, Fuji TV.

“Saya sangan terkejut. Saya terduduk” katanya.

Semalam Seorang pengawal pantai memberitahu AFP bahawa senarai barangan yang hilang termasuk beberapa panel solar di rumah api, poster dan selimut.

Lebih daripada 60 buuah bot Korea Utara ditemui di perairan Jepun pada tahun lalu, menurut pengawal pantai.

Para pakar berkata, ada nelayan Korea Utara yang berlayar jauh dalam usaha memuaskan hati kerajaan negara itu dengan melakukan tangkapan ikan yang banyak.

Bagaimanapun, dengan kapal yang usang serta tidak mempunyai kelengkapan yang baik sehingga menimbul masalah mekanikal dan masalah lain, termasuk kehabisan bahan bakar menyebabkan mereka membuat panggilan untuk diselamatkan. – Agensi