Home Nasional Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Zainudin Ismail

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di kediamannya di Kondo Villa Puteri, di ibu negara.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat ketumbuhan otak.

Menurut anak keduanya, Muhammad Arif, arwah bapanya akan dikebumikan di Kampung Petaseh, Kuala Klawang, esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, berkata Allahyarham seorang yang cemerlang selaku Ahli Parlimen dan rakyat Jelebu ternyata kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.

“Seluruh kepemimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham.

“Beliau seorang individu yang banyak menabur bakti, baik dalam pentadbiran mahu pun parti,” katanya. -MalaysiaGazette.