KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi jenazah Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail di kediamannya di sini.
Isteri Allahyarham, Datin Datin Ruziah Yaacob dan anak lelaki, Muhammad Arif ada di sisi jenazah semasa perdana menteri menziarah.
Zainudin, 57, meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo pada jam 7.30 malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Petaseh, Kuala Klawang esok pagi. – MalaysiaGazette