
GAZA – Sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran di Semenanjung Gaza dan merentasi Tebing Barat semasa protes terhadap Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqddis sebagai ibu negara Israel.
Seorang dilaporkan kritikal dalam insiden itu.
Pengiktirafan Baitulmaqddis yang diumumkan Trump beberapa hari lalu mencetuskan bantahan di seluruh dunia selepas ia mengubah polisi Amerika Syarikat dalam isu paling sensitif itu.
Israel mengerahkan beratus-ratus tentera tambahan di Tebing Barat ketika Palestin terus mogok di jalan-jalan raya.
Tentera Isreal yang ditempatkan di Semenanjung Gaza. foto AgensiPara penunjuk perasaan melemparkan batu dan tentara Israel melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.
Satu roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza meletup di selatan Israel, dakwa tentera Israel.
Sebagai tindak balas, tentera Israel mensasarkan dua pangkalan di Gaza, kata tentera tanpa memberi butiran lanjut.
Tindakan Trump itu dikecam oleh sekutu-sekutunya.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab dijangka mengadakan mesyuarat tergempar dalam tempoh terdekat ini.
Pengiktirafan Baitulmaqddis itu akan mencetuskan keganasan baru. Malah Kumpulan Hamas telah mengumumkan intifada dalam membantah tindakan Trump. – MalaysiaGazette