ITALI – Perhatian Manchester United kini beralih ke arah bintang pertahanan Juventus Alex Sandro menjelang jendela perpindahan musim sejuk Januari ini.
Sandro merupakan sasaran utama Chelsea musim ini.
Tetapi Laporan di Itali mendakwa Jose Mourinho sedia mengecewakan Antonio Conte untuk merampas bintang antarabangsa Brazil itu.
Mourinho diberi dana berjumlah £80 juta (RM 440 juta) untuk melabur dalam pemain baharu pada Januari 2018.
Difahamkan bahawa Pengurus the Red Devils itu sangat terdesak untuk membawa pemain bek kiri yang berskill tinggi ke Old Trafford.
Pemain Tottenham Hotspurs, Danny Rose juga pemain yang berada dalam radar Mourinho.
Namun perkembangan semasa Sandro di Serie A yang sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Juventus pada Tahun Baharu menyebabkan Man United bersiap sedia mengikat khidmat pemain berusia 26 tahun itu.
Chelsea dikhabarkan menghampiri khidmat pemain itu Ogos lalu namun penghijrahan Sandro ke Stamford Bridge tidak berlaku seperti yang diharapkan Conte.
United dilaporkan sedia mendengar tawaran untuk Luke Shaw dan Matteo Darmian Januari ini.
Darmian hanya beraksi dalam dua perlawanan bersama United musim ini manakala Luke Shaw melakukan tiga penampilan dalam Piala EFL dan Liga Juara-Juara Eropah Selasa lepas.