TOKYO – Jepun dijangka menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi semasa dan tahun kewangan akan datang, demikian laporan akhbar Nikkei hari ini.
Langkah tersebut akan membantu Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memastikan dasar ransangannya berjaya.
Data yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan ekonomi ketiga terbesar dunia itu berkembang dua kali lebih pantas berbanding jangkaan pada suku ketiga.
Prestasi itu disokong oleh perbelanjaan besar perniagaan dan eksport yang kukuh.
Dalam ramalan yang akan dikeluarkan hujung bulan ini, Pejabat Kabinet akan menyemak naik unjuran pertumbuhan bagi tahun bermula April sebanyak dua peratus berbanding 1.4 peratus, kata Nikkei tanpa menyatakan sumber.
Unjuran bagi tahun kewangan semasa juga akan disemak menaik berbaning 1.5 peratus ketika ini.
Jangkaan tersebut akan dijadikan asas untuk anggaran perolehan cukai serta persediaan bajet untuk tahun kewangan hadapan.-MalaysiaGazette