Home Dunia Larangan perjalanan 6 negara sudah dikuatkuasakan AS

Larangan perjalanan 6 negara sudah dikuatkuasakan AS

Orang ramai di Los Angeles melakukan demonstrasi di lapangan terbang bagi membantah larangan perjalanan oleh Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan terhadap enam negara Islam berkuatkuasa hari Jumaat, empat hari selepas Mahkamah Agung membenarkan peraturan itu dikuatkuasakan.

Perintah Trump yang menuntut “mempertingkatkan kemampuan” di kedutaan Amerika Syarikat dan konsulat di luar negara, mengarahkan jabatan-jabatan negeri dan keselamatan dalam negeri untuk menyekat kemasukan rakyat dari Chad, Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen – serta dari Venezuela dan Korea Utara.

Jabatan Negara dalam satu kenyataan berkata, tiada visa akan dibatalkan di bawah prosedur pemeriksaan baru.

Ia berkata, sekatan itu tidak bertujuan untuk kekal dan boleh dimansuhkan jika negara-negara berkenaan bekerjsama sama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan rakyatnya.

Larangan tersebut adalah versi ketiga di bawah pentadbiran Trump.

Rayuan untuk mengenepikan larangan itu masih lagi berlangsung.

Enam negara berkenaan telah mengecam bahawa larangan perjalanan itu merupakan satu diskriminasi agama yang melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat dan tidak dibenarkan di bawah undang-undang imigrasi.

Namun, mahkamah-mahkamah rendah membenarkan peruntukan itu dikuatkuasakan bagi larangan warga Korea Utara dan Venezuela. – MalaysiaGazette