Home PAU 2017 Pembangkang macam ayam palong

Pembangkang macam ayam palong

Wakil Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif menyampaikan usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO  Sabah, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif menyamakan pembangkang tidak ubah seperti ayam palong yang popular di negerinya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata, ayam palong adalah ayam yang kuat berkokok tapi cepat kalah sekiranya bertarung.

“Pembangkang seperti ayam palong, dipelihara dengan baik dan besar untuk pertandingan dimana ia berkokok paling panjang.

“Ayam palong inilah pembangkang. Suka buat pembohongan, mereka seperti ayam palong,” katanya di hadapan lebih 2,700 perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) hari ini.

Pembangkang, kata Mohd. Ariffin, hanya kuat membuat fitnah dan pembohongan namun tidak ada kekuatan untuk bertarung.

“Ayam palong ini tidak produktif seperti pembangkang,” katanya sambil dicelah Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang berkata; “Pembangkang tidak ada telur” seterusnya mengundang gelak para perwakilan.- MalaysiaGazette