Home Dunia Uber setuju selesaikan saman wanita dirogol

Uber setuju selesaikan saman wanita dirogol

SAN FRANCISCO – Uber Technologies bersetuju untuk menyelesaikan saman seorang wanita yang mendakwa pegawai tertinggi syarikat tersebut telah mendapatkan dokumen perubatannya secara tidak sah selepas wanita berkenaan dirogol oleh pemandu Uber di India.

Dalam satu kes jenayah di India, seorang pemandu Uber disabitkan kesalahan rogol yang dilakukan di Delhi pada tahun 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2015.

Wanita India tersebut turut menyelesaikan tindakan undang-undangnya terhadap Uber pada 2015 tetapi menyaman semula syarikat tersebut pada Jun lalu di Mahkamah Persekutuan San Franciso apabila mendapati eksekutif Uber ada bertemu dengan polis Delhi dengan niat untuk mendapatkan rekod perubatan plaintif yang sepatutnya dirahsiakan.

Uber akhirnya memiliki dan menyimpan salinan rekod-rekod berkenaan, katanya.

Wanita tersebut tinggal di Amerika Syarikat apabila permohonan saman tersebut dibuat.

Terma-terma penyelesaian tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah berkenaan.

Wakil-wakil dari Uber dan peguam wanita berkenaan juga tidak memberi sebarang komen.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Dalam apps uber tambang hanya RM3.40. Apabila sampai di destinasi pemandu minta RM13.90 dengan alasan kesesakan lalu lintas. Adakah dasar uber sedemikian atau hanya pemandu yang ambil peluang?

Comments are closed.