Home Dunia Gadis hidap kanser darah mangsa rogol di Luknow

Gadis hidap kanser darah mangsa rogol di Luknow

Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar hiasan

LUKNOW – Seorang gadis berusia 14 tahun yang merupakan pesakit kanser menjadi mangsa rogol secara berkumpulan selama enam jam.

Kekejaman itu berlaku di Luknow, Sabtu lalu di bandar Luknow ibu negeri Uttar Pradesh, India.

Mangsa yang merupakan remaja bawah umur tiba ke rumahnya sekitar 3 pagi pada Ahad sebelum bapanya memfailkan laporan polis.

Polis telah menahan seorang suspek manakala dua lagi sedang diburu.

Seorang pegawai polis berkata, gadis itu meninggalkan rumah untuk membeli barang keperluan rumah di pasar berhampiran kediamannya pada pukul 4.30 petang pada Sabtu.

“Ketika dalam perjalanan, seorang individu tidak dikenali memujuk gadis itu untuk menghantarnya ke pasar.

“Malangnya gadis itu dibawa ke sebuah jambatan lama yang terbiar jauh dari pasar sebelum dirogol suspek dan rakannya.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan.

“Apabila gadis itu cuba pulang ke rumah sekitar 11 malam seorang lagi individu bernama Virendra Yadav, 38, menawarkan bantuan kepada mangsa untuk menghantar pulang.

“Tetapi gadis itu sekali lagi ditimpa duka apabila dia dibawa ke tepi jalan agak terpencil dari bandar dan dirogol sekali lagi sebelum ditinggalkan di situ,” katanya.

Segala maklumat kejadian telah disahkan oleh pegawai ronda dari kawasan Sarojini Nagar.

Jurucakap polis berkata, Virenda dan rakannya diletakkan sebagai suspek utama.

Jurucakap polis juga menambah Virendra dicekup polis pada pagi Ahad di Bijnaur Chauraha, manakala polis sedang memburu dua lagi suspek yang masih bebas.

Mangsa telah menjalani pemeriksaan perubatan dan polis menunggu laporan.- MalaysiaGazette