BAITULMAQDIS – Tentera udara Israel mengebom Semenanjung Gaza awal pagi tadi selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke selatan negara itu.
Jurucakap tentera Gaza berkata, pesawat tentera Israel menyerang pangkalan laut Hamas di barat bandar Khan Yunis dan satu kawasan terbuka berhampiran.
Lokasi objek yang kemungkinan roket itu jatuh walaubagaimanapun tidak diketahui.
“Sebagai tindak balas serangan dari Semenanjung Gaza sebelum ini, tentera udara Israel menyerang lokasi ketenteraan Hamas di selatan Gaza,” katanya.
Semalam, tentera Israel mendakwa satu objek tidak dikenali ditembak dari Gaza ke arah selatan Israel.
Pejuang Palestin di Gaza menembak roket dan mortar ke arah Israel sejak seminggu ketika kemarahan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Perkembangan terkini melaporkan tiada laporan kematian daripada kedua-dua pihak.
Pengumuman Trump pada minggu lalu mencetuskan bantahan di seluruh wilayah Palestin dengan empat terbunuh dan beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan atau serangan udara Israel setakat ini. – MalaysiaGazette