Home Utama TPM sahkan tangkapan 2 pegawai Jabatan Imigresen KLIA

TPM sahkan tangkapan 2 pegawai Jabatan Imigresen KLIA

LAHAD DATU, 14 Disember -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan anggota Esscom ketika tiba mengadakan lawatan kerja di Kem (Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 PGA Lahad Datu hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

LAHAD DATU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan dua pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

“Ada beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini, dua pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan bertugas di bahagian kaunter KLIA,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan warganegara Bangladesh di KLIA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali supaya mengetatkan kawalan di pusat pemeriksaan terutamanya di KLIA.

“Kita juga akan menambah pegawai Jabatan Imigresen di KLIA,” katanya.- BERNAMA