Home Dunia 4 pelajar maut bas, keretapi bertembung

4 pelajar maut bas, keretapi bertembung

Kemalangan antara sebuah bas sekolah dan keretapi di selatan Perancis menyebabkan empat pelajar terbunuh dan berpuluh lagi cedera. foto Agensi

PERANCIS – Sebuah keretapi dan bas sekolah bertembung berhampiran Perpignan di selatan Perancis menyebabkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut dan ramai lagi dilaporkan cedera.

Difahamkan 20 orang cedera dan 11 lagi dalam keadaan kritikal selepas kemalangan itu berlaku di sempadan Millas dan Saint-Feliu-d’Amont.

Bas sekolah berkenaan dikatakan baru sahaja mengambil murid-murid yang berusia antara 13 hingga 17 tahun di sekolah menengah berhampiran sebelum kemalangan berlaku.

Kemalangan itu menyebabkan bas berkenaan terputus dua.

Seorang operator keretapi SNCF berkata, beberapa saksi melihat palang halangan diturunkan di persimpangan jalan ketika kemalangan itu berlaku tetapi perkara tersebut tidak dapat disahkan.

Bas berkenaan sedang melintas laluan keretapi itu ketika ia dilanggar, yang dalam perjalanan dari Perpignan dengan kelajuan 80 kilometer sejam.

Pemandu bas dan keretapi hanya mengalami cedera ringan.

Carole Delga, presiden majlis serantau Occitania berkata, keadaan simpang itu dalam keadaan baik kerana ia baru sahaja dinaik taraf.

Manakala SNCF berkata, halangan automatik dengan isyarat standard dan ia tidak berbahaya.

Tetapi nenek kepada seorang gadis berusia 11 tahun yang memberitahu cerita yang sangat berbeza. Gadis itu memberitahunya palang halangan itu tidak turun semasa kejadian.

“Lampu merah yang biasanya berkelip tidak berlaku dan pemandu bas melalui jalan berkenaan dan berhenti di pertengahan jalan, ketika inilah bas dirempuh,” katanya. – MalaysiaGazette