KUALA LUMPUR – Puan Sri Azizah Hamdi, isteri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia hari ini.
Allahyarham meninggal dunia jam 7.02 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Puan Sri meninggal dunia setelah menghidap kanser tahap empat.
Jenazah akan di bawa ke Masjid Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor untuk urusan pengkebumian dan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak. – MalaysiaGazette.