Home Nasional Najib tiba di Bahrain untuk lawatan 3 hari

Najib tiba di Bahrain untuk lawatan 3 hari

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manama hari ini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain atas undangan Perdana Menteri negara itu, Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa.

Beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Shaikh Mohamad Mubarak Al Khalifa sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Bahrain.

“Sempena lawatan ini juga, Perdana Menteri dianugerahkan darjah kebesaran King Hamad Order for Development oleh Raja Bahrain,” menurut satu kenyataan.

Ia adalah anugerah tertinggi Kerajaan Bahrain kepada pemimpin luar negara dan beliau merupakan pembesar asing pertama dikurniakan darjah kebesaran ini. – MalaysiaGazette