Home Dunia Putin bincang isu nuklear dengan Trump

Putin bincang isu nuklear dengan Trump

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membincangkan krisis program nuklear Korea Utara dengan Presiden Russia Vladmir Putin.

Kremlin mengesahkan perbincangan kedua-dua pemimpin itu selepas Putin menghubungi Trump.

Washington sebelum ini membuat kenyataan bersedia berbincang dengan Korea Utara yang sejak kebelakangan ini melancarkan beberapa peluru berpandu balistik antara benua.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata,  pihaknya bersedia mengadakan perbincangan dengan Korea Utara tanpa prasyarat’

Putin ketika dalam sidang media tahunannya dengan dihadiri beratus wartawan di Moscow semalam, mengalu-alukan kesedaran mengenai realiti’ Amerika Syarikat berhubung krisis itu.

Bagaimanapun, beliau menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Moscow juga tidak mengiktiraf Korea Utara sebagai kuasa nuklear. -MalaysiaGazette