Home Utama Batal IMAMS langkah tepat – PM Najib

Batal IMAMS langkah tepat – PM Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Pembatalan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) adalah langkah tepat, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang masih dalam lawatan kerja ke Bahrain mengakui tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem itu yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semalam.

“Saya tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem IMAMS untuk urusan visa umrah.

“Pengumuman yang pelaksanaannya dibatalkan adalah tepat,” katanya dalam satu posting di twitter hari ini.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini membuat pengumuman bahawa sistem tersebut dibatalkan.

Menurut Ketua Setiusaha kementeriannya, Datuk Rashidi Abdullah, langkah tersebut diambil selepas membuat pertimbangan hasil pandangan semua pihak termasuk rakyat dan pemain industri.-MalaysiaGazette