Home Utama Kerajaan batal pelaksanaan IMAMS

Kerajaan batal pelaksanaan IMAMS

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sehari pengumuman mengenai pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibuat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akhirnya terpaksa membatalkan sistem baharu itu.

Menurut Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat serta pihak industri.

Semalam, timbalan menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, IMAMS diwajibkan ke atas kesemua 65 agensi umrah yang mengendalikan muassasah.

Sistem baharu ini dikatakan mampu menutup ruang penipuan pakej umrah oleh agensi-agensi tidak bertanggung jawab.

Bagaimanapun, jemaah dikenakan caj RM45 seorang selepas pelaksanaan sistem tersebut. – MalaysiaGazette