
MUMBAI – Seramai 12 orang mangsa yang diselamatkan dalam satu kebakaran di kedai manisan di Mumbai maut ketika dalam perjalanan ke hospital.
Mangsa-mangsa merupakan kakitangan kedai berkenaan yang turut menetap di situ.
Kebakaran itu berlaku sekitar 4 pagi waktu India dan api bermula di tingkat bawah kedai menyebabkan pekerja-pekerja terperangkap.
Punca kejadian belum lagi dipastikan kerana siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette