Home Ekonomi China keluarkan garis panduan pelaburan luar negara

China keluarkan garis panduan pelaburan luar negara

BEIJING – China hari ini mengeluarkan garis panduan baharu bagi pelaburan negara kepada syarikat-syarikat swasta dengan matlamat untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelanggaran polisi oleh firma-firma tertentu, menangani persaingan tidak adil serta pengurusan keselamatan dan kualiti yang rendah.

Syarikat-syarikat swasta patut memperbaiki kawalan risiko, menyediakan pelan kecemasan dan menambah baik langkah-langkah keselamatan bagi pelaburan luar negara.

“Syarikat-syarikat swasta sepatutnya menambah baik kawalan risiko, menubuhkan pelan kecemasan dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dalam pelaburan luar negara.

“Syarikat-syarikat swasta perlu mematuhi prosedur domestik dan antarabangsa serta bersaing secara sihat semasa melabur di luar negara,” kata jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan, Meng Wei dalam satu sidang media.

Sebelum ini, China pernah mengeluarkan peraturan serupa mengenai pelaburan luar negara kepada syarikat-syarikat kerajaan selepas berlakunya lonjakan pelaburan asing oleh negara tersebut sekaligus menyebabkan kebimbangan terhadap aliran keluar modal serta peluasan pelaburan di luar negara secara membuta-tuli.-MalaysiaGazette

 

 

 

+ posts