Home Dunia CIA bantu Rusia gagalkan serangan

CIA bantu Rusia gagalkan serangan

Donald Trump dan Vladimir Putin

MOSCOW – Hasil maklumat daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) berjaya membantu Rusia menggagalkan serangan di katedral Kazan di St. Petersburg.

Berikutan itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi Presiden Donald Trump untuk mengucapkan terima kasih.

Perkara itu disahkan oleh White House dan Kremlin.

Rusia berkata, serangan itu dirancang pada hari Sabtu.

White House memaklumkan, “pengganas” ditangkap sebelum serangan “yang boleh membunuh ramai orang”.

Perkhidmatan keselamatan FSB Rusia dalam satu kenyataan pada hari Jumaat berkata, pihaknya telah menahan tujuh anggota militan Daesh dan merampas sejumlah besar bahan letupan, senjata dan sastera ekstremis.

Militan itu merancang untuk melakukan serangan bunuh diri di sebuah institusi keagamaan dan membunuh penduduk Rusia pada hari Sabtu, kata kenyataan FSB.

Kumpulan itu sedang bersiap sedia untuk mensasarkan katedral dan tempat awam lain di bandar kedua di Rusia, kata kenyataan Kremlin.

Putin memberitahu Trump bahawa perkhidmatan khas Rusia akan menyerahkan maklumat mengenai ancaman keganasan itu kepada Amerika Syarikat.

Putin juga meminta Trump menyampaikan ucapan terima kasih kepada pengarah

Pada April lalu, Rusia dikejutkan dengan letupan di sistem metro yang mengorbankan 13 nyawa, dipercayai didalangi oleh kumpulan militan. – MalaysiaGazette