NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) terus menerima tekanan antarabangsa berikutan keputusan presidennya, Donald J.Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dua minggu lalu.
Terbaharu, negara kuasa besar dunia itu mengambil tindakan berani mengunakan kuasa veto menyekat gesaan Majlis Keselamatan PBB terhadap AS supaya keputusan itu ditarik balik.
Seramai 14 ahli majlis itu mengundi sebagai memihak kepada resolusi yang didraf oleh Mesir yang mana secara spesifik tidak menyebut AS atau Trump tetapi meluahkan kekecewaan terhadap keputusan mengiktiraf status Baitulmaqdis.
“Apa yang kita saksikan dalam Majlis Keselamatan hari ini adalah satu penghinaan, ia tidak akan dilupakan bila bila,” dakwa Duta AS ke PBB, Nikki Haley selepas proses pengundian itu.
Tambahnya, dalam tempoh enam tahun, ini kali pertama AS menggunakan kuasa vetonya dalam soal Baitulmaqddis
“Faktanya adalah kuasa veto ini dilaksanakan sebagai mempertahankan kedaulatan AS dan dalam melindungi peranan AS dalam proses membawa keamanan di Timur Tengah bukan sesuatu penghinaan untuk kami, tetapi ia sebenarnya penghinaan kepada ahli majlis keselamatan ini,” dakwanya lagi.
Resolusi draf PBB menegaskan, apa apa keputusan dan tindakan berupa mengubah watak, status atau komposisi demografi Kota Suci Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan undang-undang adalah terbatal dan tidak sah serta ia mesti dibatalkan dengan mematuhi resolusi yang berkaitan dengan Majlis Keselamatan PBB.
Trump secara mengejut menidakkan dasar AS berdekad pada bulan iniapabila menisytiharkan Baitulmaqddis sebagai ibu kota Israel, mencetuskan kemarahan Palastin dan dunia Arab selain melahirkan kebimbangan dalam kalangan rakan sekutu Washington di Barat.
“Berikutan keputusan AS, keadaan bertambah tegang dengan peningkatan insiden, terutama peluru berpandu yang dilancarkan dari Gaza, serta pertembungan antara pasukan Palestin dan pasukan keselamatan Israel,” kata Pengaman Timur Tengah ke PBB, Nickolay Mladenov.
Dalam perkembangan berkaitan, Trump juga difahamkan merancang untuk memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqddis.
Malah Resolusi PBB juga menggesa semua negara untuk menyekat segala urusan diplomatik di Baitulmaqddis serta merta.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada Haley dan Trump kerana menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi itu dalam klip video yang dimuat naik dalam media sosial peribadinya.
Israel menganggap Baitulmaqddis sebagai modal pelaburan dan tidak dapat dipisahkan selain mahu menempat semua kedutaan di ibu kota itu.
Manakala rakyat Palestin mahu Baitulmaqddis dijadikan ibu negeri di Timur bandar itu yang telah ditakluk Israel semasa perang pada 1967.
Berikutan veto AS, Kementerian Luar Mesir berkata, negara-negara Aravb yang bersetuju awal Disember ini untuk menagih resolusi Majlis Keselamatan dan dijangka bersidang untuk menilai keadaan semasa bagi menentukan langkah seterusnya. – MalaysiaGazette