Home Ekonomi Keyakinan pengguna Malaysia stabil

Keyakinan pengguna Malaysia stabil

Foto hiasana suasana di pusat beli-belah .

KUALA LUMPUR – Keyakinan pengguna kekal stabil dalam suku ketiga 2017 tetapi masih terdapat kebimbangan terhadap status fiscal negara, pekerjaan dan hutang.

Menurut hasil Kaji Selidik Global ke atas Keyakinan Pengguna dan Perbelanjaan oleh Nielsen yang diterbitkan hari ini, keyakinan pengguna Malaysia jatuh satu mata ke 93 mata peratus berbanding suku kedua.

Walaupun paras keyakinan masih kekal, Malaysia jatuh empat anak tangga ke nombor 32 bagi negara yang paling diyakini secara global (tempat ke-28 pada suku kedua 2017).

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Raphael Pereda berkata, kaji selidik terbaharu itu menunjukkan paras keyakinan di seluruh Asia Tenggara terus kukuh dengan empat daripada enam negara kekal di tangga 10 teratas secara global.

Pengguna Malaysia terus meletakkan status kewangan negara dan peluang pekerjaan sebagai dua perkara yang menjadi kebimbangan mereka dan 17 peratus daripada responden pula menyenaraikan hutang sebagai kebimbangan ketiga.

Di sebalik petunjuk ekonomi yang positif, sentimen kemelesetan ekonomi terus kekal tinggi.- MalaysiaGazette