KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menjadi pemegang saham utama dalam Pentamaster Corp. Bhd. selepas mengambil alih 5.11 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut pada 14 Disember.
Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, dana pencen itu berkata, ia telah membeli 16.18 juta saham merangkumi 13.07 juta saham atau 4.128 peratus kepentingan langsung dan 3.11 juta saham tidak langsung di dalam syarikat yang membuat peralatan automasi dan sistem pemeriksaan penglihatan.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pentamaster, Chuah Choon Bin memiliki 62.18 juta saham atau 19.64 peratus kepentingan.-MalaysiaGazette