KUALA LUMPUR – Pas akan bertanding di banyak kerusi pada PRU-14 bersama rakan parti Gagasan Sejahtera.
“Pilihanraya kali ini Pas akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana Pas akan bersama dengan Gagasan Sejahtera, bukan dengan Barisan Nasional (BN), bukan dengan Pakatan Harapan (PH).
“Pas dengan angkatan dia sendiri,” ujarnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam status media sosialnya hari ini.
Kenyataan itu menggambar komitmen Pas tetap bersendirian walaupun baru-baru ini dikatakan dipelawa semula menyertai PH sebelum PRU-14.
Pas sebelum itu yang dilihat ‘berbaik’ dengan BN atau UMNO juga dilihat tidak menyertai parti kerajaan setakat ini.- MalaysiaGazette