Home Nasional ‘Artis yang sokong pembangkang tu dapat dedak basi kot?

‘Artis yang sokong pembangkang tu dapat dedak basi kot?

Selebriti, Azwan Ali hadir bersama sampul berisi bahan bukti bagi mengemukakan salah laku rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 20 DISEMBER 2017

PUTRAJAYA – Tindakannya melaporkan salah laku rasuah dan kekayaan melampau yang dimiliki oleh individu di dalam kerajaan negeri Selangor mendapat pujian pemimpin daripada parti pembangkang, kata pengacara Azwan Ali.

Beliau memaklumkan menerima banyak panggilan telefon daripada parti pembangkang sejak semalam selepas mengetahui hasratnya untuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Semalam saya menerima panggilan bertalu-talu daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengucapkan tahniah kepada saya,” katanya selepas menyerahkan bukti dan memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM sebentar tadi.

Adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu sekali lagi menangkis dakwaan menerima habuan dengan berkata bahawa dia yakin bahawa ramai lagi artis yang berpihak kepada kerajaan namun tidak bersuara.

Sebaliknya menurut beliau, kerana yakin setiap rakyat berhak untuk mendedahkan salah guna kuasalah maka dia berani membuat laporan hari ini.

“Saya disindir, saya dendam nombor satu, saya macai barua nombor satu. Ingin saya jelaskan kepada media berapa ramai artis Malaysia yang bersama dengan kerajaan. Tapi semua tidak berani ke depan macam saya sebab takut periuk nasi masing-masing.

“Kenapa dikatakan saya makan dedak tapi artis yang menyokong pembangkang itu dedak apa? Dedak basi kot. Senang-senang kata aku dapat dedah kau pun dedak juga ingat aku tak tahu, itu menunjukkan artis ada hak semua orang ada hak,” ujarnya. -MalaysiaGazette