Home Ekonomi Batik Air mulakan penerbangan Jakarta-KK

Batik Air mulakan penerbangan Jakarta-KK

KUALA LUMPUR – Batik Air akan memulakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dua kali seminggu bagi meluaskan rangkaian antarabangsa syarikat tersebut.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), penerbangan pertama Batik Air dari Jakarta ke Kota Kinabalu bermula hari ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, laluan penerbangan baharu itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Berdasarkan rekod lampau kami, pergerakan penumpang secara keseluruhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.3 juta penumpang dari Januari sehingga November 2017.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Badlishan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mencatatkan pergerakan penumpang sebanyak 2.3 juta pada 11 bulan pertama tahun ini, meningkat sebanyak 22.1 peratus berbanding tahun lalu.-MalaysiaGazette