Home Nasional Malaysia kutuk serangan peluru berpandu di Riyadh

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu di Riyadh

Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu pada 19 Dis lepas yang disasarkan kepada penduduk awam di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Malaysia memuji tindakan pantas yang diambil oleh pasukan pertahanan Arab Saudi memintas peluru berpandu tersebut.

“Malaysia berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam menghadapi tindakan keji ini yang mengancam keamanan dan sekuriti di Arab Saudi.

Keamanan dan sekuriti Arab Saudi adalah penting kepada rantau Arab dan dunia Islam secara keseluruhan,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata Malaysia mengesa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik Yaman supaya menyelesaikan krisis itu secara aman melalui inisiatif Majlis Kerjasama Teluk serta selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2216 (2015).

Malaysia juga menggesa pihak-pihak lain tidak mencampuri dalam hal ehwal dalaman Yaman, kata kenyataan tersebut.

Peluru berpandu balistik yang disasarkan ke Riyadh dilaporkan dilancar oleh puak pemberontak Houthi Yaman.- BERNAMA